Friday 4 March 2011

Aku Pengguna Mary Kay - The mission-Part 1

Pada hujung tahun 2008, aku telah diperkenalkan dengan produk Mary Kay oleh adik aku dan juga jirannya yang merupakan seorang  Mary Kay Beauty Consultant. Oleh kerana aku memang nak pulihkan dan perbaiki muka aku, aku bersetuju untuk mencubanya. Pada mulanya aku disarankan menggunakan Acne Prone Skin Set.

Aku menggunakannya selama 6 bulan. Aku telah diberitahu akan ada efek apabila menggunakan set ini. Menurut kata Mary Kay BC tu, set ni bertindak mengeluarkan jerawat-jerawat yang 'terpendam' sehingga tiada lagi jerawat yang naik di muka. Katanya lagi, proses ini mungkin berlansung selama 3 bulan bergantung kepada ketahanan dan penerimaan kulit terhadap set ini. Hmmm, aku berfikir-fikir jugak nak pakai ke tidak. Tapi disebabkan nak tenguk muka aku kembali 'sihat', aku bersetuju untuk pakai dan bertawakal je.

Selepas seminggu menggunakan set ni, muka ku menunjukkan improvement. Jerawat tak naik dan minyak juga berkurangan. Alhamdulillah... Adik-adikku semua menegur yang muka aku dah ok. Tapi, selepas sebulan aku guna set ni, wajah ku mula menampakkan jerawat. Wajah ku kembali merah (blemish) dan sangat berminyak. Aku teruskan pemakaian disebabkan aku teringat apa yang Mary Kay BC tu cakap. After 6 bulan, dan set Acne Prone Skin tu habis, aku guna pula Set Botanical Customized F3.
Masa ni aku duk guna set Botanical F3....

No comments:

Post a Comment