Sunday 6 March 2011

Aku Pengguna Mary Kay - The mission-Part 2

Set Botanical Customized F3 ni consist of cleanser, freshner (its function is similar to Toner), mask and moisturizer. Set ni memang khusus untuk kulit berminyak. Nanti aku citerkan detail pasal set F3 in my next entry. So, aku start pakai F3 as recommended by my BC. Waktu mula2 aku pakai Set Botanical Customized F3, keadaan muka ku masih lagi bermasalah. Berminyak dan muka masih dinaiki jerawat. I wore it for 6 month and i noticed that my face is not oily any more. Jerawat pun tidak naik lagi, bekas jerawat pun makin lama semakin pudar. Aku tak perlu pakai bedak nak tutup muka yang berminyak, jerawat dan bekas jerawat. Alhamdulillah...


Sebaik aja Botanical F3 set aku habis, aku try pulak Miracle set Timewise (For Combination to Oily). Tujuan aku guna timewise ni ialah aku nk perbaiki struktur kulit aku yg tersangat kasar (akibat kejadian serangan jerawat di UK), di samping nak hilangkan kedut2 di muka (almaklumkan, umur dlm pertengahan 30an). Set ini mengandungi 3 in 1 cleanser, moisturizer and serum for day and night. Alhamdulillah texture muka ku semakin improve. Skrg mmg jarang2 jerawat singgah di muka... Muka pun dah tak berkilat lg... Cuma skrg yg tinggal masalah pigmentasi je... Aku tgh try pakai Mask MelaCep plak utk kurangkan pigmentasi... Kita tunggu dan lihat ye....
Ni gambar latest sblm aku bersalin... Nanti aku uploadkan gambar selepas bersalin plak...

Friday 4 March 2011

Aku Pengguna Mary Kay - The mission-Part 1

Pada hujung tahun 2008, aku telah diperkenalkan dengan produk Mary Kay oleh adik aku dan juga jirannya yang merupakan seorang  Mary Kay Beauty Consultant. Oleh kerana aku memang nak pulihkan dan perbaiki muka aku, aku bersetuju untuk mencubanya. Pada mulanya aku disarankan menggunakan Acne Prone Skin Set.

Aku menggunakannya selama 6 bulan. Aku telah diberitahu akan ada efek apabila menggunakan set ini. Menurut kata Mary Kay BC tu, set ni bertindak mengeluarkan jerawat-jerawat yang 'terpendam' sehingga tiada lagi jerawat yang naik di muka. Katanya lagi, proses ini mungkin berlansung selama 3 bulan bergantung kepada ketahanan dan penerimaan kulit terhadap set ini. Hmmm, aku berfikir-fikir jugak nak pakai ke tidak. Tapi disebabkan nak tenguk muka aku kembali 'sihat', aku bersetuju untuk pakai dan bertawakal je.

Selepas seminggu menggunakan set ni, muka ku menunjukkan improvement. Jerawat tak naik dan minyak juga berkurangan. Alhamdulillah... Adik-adikku semua menegur yang muka aku dah ok. Tapi, selepas sebulan aku guna set ni, wajah ku mula menampakkan jerawat. Wajah ku kembali merah (blemish) dan sangat berminyak. Aku teruskan pemakaian disebabkan aku teringat apa yang Mary Kay BC tu cakap. After 6 bulan, dan set Acne Prone Skin tu habis, aku guna pula Set Botanical Customized F3.
Masa ni aku duk guna set Botanical F3....